Ayam sekor belah 4,
Ayam direbus ambik air untuk stok buat masak nasi, buat sambal cili, sos kicap, kuah sup (rebus kosong sahaja).
Bahan-bahan utk perapan ayam:
-Halia dlm 2inci*
-bawang putih satu labu*
-Bawang merah*
-serai *
-daun pandan
-kicap pekat
-sos tiram
-garam+gula
#blender semua bhn yg bertanda*
Setelah rebus ayam separuh masak angkat dan toskan sekejap.. Gaulkn dengan bahan-bahan yg dikisar td.. Masukkan kicap, sos tiram, garam, gula & daunpandan. Gaul dan perap dalam setengah jam atau lebih. Lagi lama lagi sedap ( ayam boleh goreng@grill)
Bahan-bahan untuk nasi:
-Beras
-Air rebusan ayam
-Bawang merah
-Halia muda
-Planta@butter
-Daun pandan
-Garam +gula+sedikit stok ayam(optional)
-Sedikit lemak ayam dan kulit (amik dlm stok rebusan)
-Pewarna kuning (jika suka)
Cara buat kuah kicap:
Tumiskan bawang putih dan sedikit halia..
Bila dh keperangan masukkan kicap pekat+sos tiram+juice lebihan perapan ayam tadi..
Kacau2 sedikit masukkan stok rebusan ayam..
Masukkan garam+gula..
Biar mengelegak sekejap.
Tapis dahulu ye.. Buang serdak2 ayam tadi. Siap
Bahan-bahan untuk sos cili:
-Cili merah besar*
-Bawang putih bakar*
-Halia muda bakar*
-Buah tomato*
Blender menggunakn air rebusan ayam td
#pekat @cair mengikut citarasa masing2 ye
-Garam+gula*
-Sos cili*
Semua diblender *masuk lam bekas, kacau, rasa Siap!!
Selamat Mencuba!
Tags:
#nasi ayam
0 comments