Bahan Bahan Untuk membuat Aiskrim Choki Choki
- 1 tin susu pekat manis
- 1 tin susu cair
- 4 tin air yang telah di masak
- Sedikit garam
- 2 sudu 1/2 tepung jagung
- Choki choki ikut kesukaan anda nak letak banyak mana.
Cara-cara:
1.Masakkan air, susu pekat manis dan juga susu cair sehingga mendidih.
2.Setelah mendidih,kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung
untuk bagi aiskrim jadi lembut.
3. Masukkan sedikit garam untuk bagi aiskrim rasa lemak lemak sikit.Kacau lagi sekali dan tutup api.
4. Dah siap semua sekali,jangn lupa tapis adunan tersebut.
5. Biarkan sejuk untuk seketika sebelum di masukkan ke dalam plastik
aiskrim.
6. Choki choki tu masukkan sekali kat dalam plastik aiskrim dan picit
picit untuk bagi rata..
7.Masukkan dalam peti ais, dah beku boleh la makan beramai-ramai.
0 comments