-->

Resepi Dapur Sedap

Perkongsian aneka resepi masakan, dessert, kuih-muih, aneka mee yang mudah dan melazatkan.

Resepi Puding Roti Marble



Bahan-bahan:
6 keping roti - potong kecil*
1 tin susu cair*
6 sudu makan susu pekat*
4 sudu makan gula pasir*
2 biji telur*
2 titik esen vanilla*
1 bungkus agar-agar tali
5 cawan air
3 jenis pewarna kesukaan
3 sudu makan serbuk milo


Cara:
1. Masak agar-agar dengan air sehingga agar-agar larut.
2. Blanderkan bahan bertanda * hingga hancur. Masukkan kedalam periuk agar-agar hingga mendidih.
3. Matikan api, asingkan kemangkuk berasingan  untuk dijadikan marbel.
4. Selang selikan warna dalam loyang, pelbagai mangkuk kesukaan kalian hingga sejuk.
5. Sejukkan dalam peti ais. Sedia untuk dimakan.

Baca juga:

0 comments



Emoticon